Baju terlondeh nampak payudara, pereka fesyen tampil selamatkan keadaan



PEREKA fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada terus mendapat malu apabila baju yang dipakainya ketika di atas peragaan mengalami masalah, hingga mendedahkan payudaranya.

Vivienne ketika itu berada di barisan depan apabila model terbabit membuat peragaan rekaannya dalam Minggu Fesyen Paris.

Selepas berlaku insiden yang memalukan dan mengejutkan itu, Vivienne, 74, tanpa berlengah lagi terus naik ke pentas dan membetulkan baju model terbabit.

Ketika itu model terbabit memakai rekaan musim sejuk/luruh.

Selepas membetulkan baju model itu, Vivienne kelihatan ketawa kecil sebelum kembali ke tempat duduknya.

Tidak lama kemudian Vivienne sekali lagi naik ke atas pentas, kali ini bersama dengan suaminya, Andreas Kronthaler bersama fesyen rekaan mereka.

Fesyen rekaan Vivienne turut mendapat perhatian pemandu Formula One, Lewis Hamilton yang menulis di dalam Instagramnya yang memuji rekaan wanita itu.