Penyanyi sensasi Youtube cedera kemalangan

Kuala Lumpur: Penyanyi sensasi YouTube yang popular menerusi lagu Lepaskan, Wani atau Nur Syazwani Selamat, 21, dan ibunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Pagoh, Johor, kira-kira 4 petang ini.

Sepupunya, Nuraini Yusoff, 21, berkata ketika kejadian dia, Wani dan ibu bintang muda itu dalam perjalanan ke Jasin, Melaka bagi menjayakan persembahan, malam ini.

“Kemalangan berlaku sekelip mata. Apa yang saya ingat, kereta dari arah bertentangan rempuh depan kereta kami.

“Ketika kejadian Wani sedang tidur di belakang. Oleh itu, saya tidak pasti sama ada dia tercampak atau tidak sehingga mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan Wani cedera di mulut dan leher.

Wani kemudian dibawa ke Hospital Batu Pahat.

Katanya, ibu Wani turut dikejarkan ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.