(1) Makanan sebagai penaik nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau pencuci mulut untuk coklat dan ais krim. Hidangkan minuman koko yang sememangnya boleh menimbulkan rasa berahi. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.
(2) Pilih kondom yang bermutu. Selain mengelakkan kondom bocor sewaktu ia digunakan, kondom yang mahal dan bermutu adalah lebih nipis dan dibuat untuk memberikan rasa yang lebih semula jadi. Pelbagai dengan penggunaan kondom yang mempunyai bentuk-bentuk khusus untuk meningkatkan rasa nikmat sewaktu melakukan hubungan seks. Jika tiada keperluan memakai kondom (perempuan makan pil), memakai kondom yang bersesuaian boleh menimbulkan rasa berahi yang berlainan. Ia juga merupakan kepelbagiaan dalam seks.
(3) Beli minyak wangi yang mahal dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak, organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman lembut dan menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan menimbulkan rasa berahi yang tinggi.
(4) Kebersihan penting. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang meninggi.
(5) Mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau foreplay. Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan dibelakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman ditelinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan diransangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 ke 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.
(6) Lelaki perlu bertahan untuk 5 minit.5 minit adalah standard masa untuk menentukan lemah tenaga batin atu tidak. Ada pelbagai cara untuk mengelakkan pancutan awal. Antaranya keluar masuk dengan kiraan tempo laju dan perlahan. Gunakan kain bersih untuk lap air berahi faraj wanita dibatang setiap kali rasa kegelian hendak terpancut. Petua yang lain adalah sewaktu awal lima minit ini untuk memikirkan perkara lain selain seks.
(7) Kenali klimak wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimak atau mencapai orgasm. Yang lagi merumitkan setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasm atau klimak, erangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka.
(8) Pelbagaikan posisi seks. Mempelbagaikan posisi seks tidak bermaksud dalam satu malam itu anda dan pasangan anda melakukan pelbagai posisi dalam hubungan seks. realiti, dalam satu malam mungkin hanya satu dua posisi sahaja. Kepelbagaian disini bermaksud apabila lakukan hubungan seks, pada malam ini lakukan cara biasa depan berdepan, pada malam berikutnya mungkin lebihkan cara "doggy" dan malam lainnya mungkin lebihkan cara gunting. Satu malam tumpuan satu posisi sehingga sama-sama puas.
(9) Afterplay juga penting. Selepas lelaki puas dan pancut ke dalam, jangan terus tidur. Pastikan anda memuaskan pasangan anda. Jika pasangan anda telah puas, belai-belai lembut, berikan ciuman sayang dan ucapan terima kasih. Penting, bawa dia sarapan pagi esok harinya.
(10) Tanda asmara, sedutan dileher atau buah dada. Tanda-tanda ini akan meninggalkan kenangan dan akan menimbulkan rasa rindu apabila tanda-tanda itu hilang. Hati-hati jangan timbul rasa sakit apabila membuat gigitan, biarlah gigit dengan lembut.