(Video) 200 Banduan ‘Dijamu’ Tarian Bogel Dalam Penjara

strippers1
Seramai 200 banduan di El Salvador ‘berpesta sakan’ apabila diberi kebenaran menyaksikan tarian bogel daripada tiga penari wanita.

Paling mengejutkan apabila aksi menghairahkan itu, turut mendapat kebenaran kahs daripada ketua penjara, Jose Abarca.

Menurut sumber DailyMail persembahan itu bagi menyambut festival agama di Amerika Selatan.

Rakaman tersebut kemudiannya tersebar di laman media sosial dan menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

Ini menyebabkan pihak berkuasa mula melakukan siasatan ke atas insiden itu.

Untuk rekod, banduan di negara Amerika Selatan sememangnya dibenarnya melakukan apa sahaja dalam tahanan kecuali lari daripada penjara.

Namun, situasi dengan penari bogel ini dilihat telah melampaui batas dan memalukan pihak penjara.