Hogan berkata demikian ketika memberi keterangan di sebuah mahkamah tempatan dalam cubaan menuntut rugi berjumlah AS$100,000 (RM411,344).
Hogan, 62, yang memakai skarf bandana hitam dan salib perak besar, dirakam mengadakan hubungan seks dengan isteri kawannya sendiri.
“Saya benar-benar malu,” kata Hogan, antara selebriti gusti paling terkenal di AS kepada mahkamah di Florida itu.
Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea berkata, kehidupan peribadinya diceroboh dengan siaran rakaman video selama satu minit 41 saat itu.
Rakaman video seks itu disiarkan di dalam laman sesawang berita dan hiburan Gawker, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.
Hogan memberitahu, rakannya yang juga personaliti radio, Bubba Clem menjalani perkahwinan terbuka dan mahu isterinya mengadakan hubungan seks dengannya.
Selepas beberapa kali merayu, Hogan berkata, dia akhirnya bersetuju, tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam secara rahsia.
Hogan menegaskan, siaran rakaman video seks itu merosakkan reputasi peribadi dan profesionalnya.
Menurut peguam Hogan, rakaman video itu berjaya ditonton oleh tujuh juta kali. – AFP/myMetro Online