SEMAKIN ramai penduduk Amerika Syarikat (AS) menzahirkan perasaan tidak
suka mereka secara terbuka sekiranya negara mereka kelak akan dipimpin
oleh bilionaire hartanah ternama, Donald Trump.
Salah seorang daripadanya ialah pelukis yang terkenal dengan video
perkongsiannya di Youtube, Aimee Davison memaparkan karya terbaharunya
dengan menggunakan payudaranya demi menghasilkan potret Trump.
Menurutnya, Trump yang merupakan calon parti Republikan untuk sesi
pemilihan presiden AS yang ke-45, dipilih sebagai subjek seninya itu.
Ini kerana figura penuh kontroversi tersebut mempunyai reputasi yang
buruk dan selayaknya wajah Trump hanya layak dilakar dengan menggunakan
buah dada.
Aimee akan melelong lukisannya itu dan 50 peratus daripada hasil itu
akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan kanser payudara yang
dipilih sendiri oleh Trump.
Sekiranya hartawan itu tidak memberikan respons terhadap bidaannya itu,
Aimee akan mendermakan keuntungannya itu kepada Yayasan Kanser Payudara
Amerika.