Bersyukur dikurniakan tubuh seksi, Baby dedah rahsia tidur harus bogel

Artis cantik dan seksi Baby Margaretha mengungkapkan rahsia tentang amalan tidurnya.

Model majalah dewasa itu mengakui dirinya lebih senang tidur dalam keadaan bogel.

"Kalau tidur, saya tidak pakai bra dan seluar dalam. Pakai lingerie aja. Demi kesihatan," ujar Baby, di Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Selasa (12/5), seperti dikutip Tabloid Bintang.

Baby bersyukur dikurniakan tubuh seks dan mengakui beliau lebih gemar memakai pakaian dalam.

Beliau juga mengaku mempunyai koleksi puluhan pakaian dalam.

"Iya, dulu koleksi, tapi sekarang sudah tiada. Saya sudah beri kepada orang. Ada 50-an lingerie," ungkap wanita 31 tahun ini.

Ketika namanya dikatikan dengan aktiviti pelacuran oleh artis, beliau tegas menafikannya.

"Tidak semua model atau artis seksi berperilaku negatif. Kami hanya kerja, di luar itu kan kita biasa aja. Jangan judge kami begitu," katanya.