(Foto) Lagi perlakuan pramugari Air Asia dirakam dan viral


Ketika banyak di media-media sosial membicarakan tentang etika penerbangan, etika layanan di atas awan dan pelbagai lagi, dua keping foto perlakuan seorang pramugari yang dipercayai kru penerbangan syarikat Air Asia pula tersebar.

Kewajipannya sebagai seorang muslim tidak ditinggalkan walaupun berada di atas awan. Beliau dilihat memakai telekung untuk memulakan solat.

Dengan kebanjiran propaganda negatif mengenai pramugari, dua keping gambar ini sedikit sebanyak memberikan gambaran positif berkenaan pekerjaan ini. Rata-rata netizen menyokong dan mendoakan beliau agar terus istiqamah dalam tindakannya.