SHAH ALAM - Ada kelainan... Bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana
Sofya Mohd Daud tampak berbeza apabila menjadi ‘model’ dan bukannya
sebagai seorang ‘ahli politik’ seperti selalu.
Beliau menerusi laman Facebooknya telah mempromosikan ‘aksi modelnya’ bagi ‘meminta’ derma untuk membantu pertubuhan pertolongan wanita.
“Anda telah mengambil gambar diri sendiri di tempat tidur ? Jangan lupa untuk mendapatkan sebuah majalah bulan ini! Ikuti di Instagram.
“Muat naik gambar sendiri dengan kapsyen akan menderma RM10 kepada Women's Aid Organisation (WAO) untuk setiap muat naik dan anda selesai!” tulisnya, hari ini.
Dalam pada itu, Dyana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong tujuan baiknya tersebut.
“Terima kasih atas sokongan,” tulisnya.
Sementara itu, Dyana ketika dihubungi berkata, tujuannya itu hanyalah bagi mengutip dana membantu golongan wanita.
"Saya tidak berhajat menukar profesion, masih lagi aktif berpolitik," katanya kepada Sinar Online.