Gadis dipaksa onani selepas dirogol bergilir-gilir oleh rakan sekolah


Gambar hiasan
AMPANG - Angkara lewat ke sekolah, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dia dijadikan habuan pemuas nafsu dua remaja lelaki rakan sekolahnya kelmarin.

Gadis berusia 16 tahun itu bukan sahaja dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja terbabit, malah turut dipaksa melakukan onani sebelum gadis malang itu ditinggalkan di sebuah stesen minyak.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan lewat menyebabkan dia takut untuk masuk ke kawasan sekolah, sebaliknya menunggu di luar sekolah.

"Kira-kira jam 9 pagi, rakan lelakinya menghubungi dan mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motorsikal. Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah kedai di Taman Melawati.

"Ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks walaupun mangsa menolaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja dirogol rakan lelakinya, malah turut dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali.