Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum
semalam merupakan ‘No Bra Day’ atau Hari Tanpa Coli yang disambut di
negara barat.
Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011
sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser
payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.
Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai
simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan
penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita.
Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa
berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial semalam dengan
hashtag #nobraday.
Di bawah, kami kongsikan gambar beberapa selebriti Hollywood yang turut
tampil ‘no bra’ sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.
Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.
Tapi di Malaysia ni walau apa pun alasannya; tak payahlah nak
mengada-ngada sambut No Bra Day jugak bila keluar rumah macam wanita dan
selebriti Barat nun.
Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang perempuan.