Gempar Terkini!! Empat beranak terbunuh



Lipis: Empat beranak maut manakala dua parah dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, dekat Pos Betau, di sini, hari ini.

Norulaini Ab Ghani, 43; suaminya, Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45, dan anak mereka, Raja Nur Anis Batrisya, 8, serta Raja Nur A'iysah, 14, maut di tempat kejadian, pada 2.15 petang.

Dua mangsa parah pula adalah anak Norulaini dan Raja Mohd iaitu Raja Nur Alyaa Masturina, 13, dan pemandu van, Wendi Hasby, 26.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata lima beranak yang MPV Perodua Alza itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di FELDA Jengka 6, Maran, selepas bercuti di Cameron Highlands.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika menuruni jalan berbukit, MPV yang dipandu Norulaini tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van.

"Pertembungan itu menyebabkan empat mangsa dalam MPV itu maut akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Kita meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk mengeluarkan mangsa," katanya

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.