Kilafairy buka mulut kontroversi video tunjuk peha gebu.
Selepas terus berdiam diri daripada memberikan sebarang respon dan ulasan berhubung penyebaran video seksinya tidak memakai seluar beberapa
minggu lalu, Kilafairy akhirnya membuka mulut dengan menjelaskan
kontroversi itu tidak langsung memberi kesan buruk terhadap kerjaya dan
perniagaan fesyennya.
“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya.
Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya.
Memang
nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan
legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar.”
“Kepada
pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya
minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari
Instagram saya.”
Lima minggu lalu, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21, mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik satu rakaman video dirinya memakai baju-T dipadankan dengan legging putih di laman Instagram miliknya.
Disebabkan
legging yang dipakai berwarna putih dan menampakkan pehanya yang gebu,
Kilafairy dilihat seperti tidak memakai seluar walhal tidak sebenarnya.
Menurut
pelakon berbibir seksi itu lagi, kontroversi terbabit memberi
pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam soal penampilan.
Tidak
mahu perkara sama berulang, Kilafairy berkemungkinan tidak mahu lagi
menjadi model kepada koleksi jenamanya iaitu Rack, sebaliknya akan
mendapatkan khidmat model lain.
“Saya
akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan
datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model lain saja.”