Dalian, China: Tembelang seorang
kekasih 'sempurna' akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri
mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama
lapan bulan.
Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera
parah di kepala pada 2014.
Kisah Liu menjadi viral dan mendapat
perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model
kekasih". Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam
wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.
Namun semuanya terbongkar setelah Lin
yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab
sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.
Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.
Laporan dari Telegraph menyebut, Lin
sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya
kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.
Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.
Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.
Pasangan tersebut menjalankan
perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar
mengenai roti yang dibakarnya hangus.