Seorang wanita British berusia dalam lingkungan 20-an telah ditangkap
ketika sedang mengadakan hubungan seks dalam tandas kapal terbang yang
dinaikinya, baru-baru ini.
Wanita itu ditangkap mengadakan hubugan kelamin dengan seorang penumpang lelaki yang baru dikenali dalam penerbangan Virgin Atlantic dari London ke Las Vegas itu.
Kedua-dua penumpang tersebut yang mabuk kemudiannya telah digari tangannya oleh krew kabin tersebut sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa gadis tersebut yang turut berada sama dalam penerbangan terbabit.
Perbuatan pasangan tersebut disedari penumpang lain yang terdengar bunyi kuat datang dari arah tandas yang kemudiannya telah memaklumkan perkara itu kepada krew yang bertugas.
Selepas mendarat, penumpang lelaki dan wanita itu telah disoal siasat namun telah dilepaskan dengan syarat oleh pihak polis.
Kejadian ini berlaku selepas insiden seorang lelaki Australia mabuk cuba membuka pintu kokpit kerana menyangkakan itu adalah pintu tandas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.
Takut dengan pelbagai kemungkinan pengganas, juruterbang telah membunyikan isyarat kecemasan dan lelaki tersebut telah ditahan sebaik mendarat.