Atau dalam erti kata yang lain, hadis ini menerang secara zahir bahawa adalah halal untuk si lelaki melihat aurat tunang mereka selagi tidak melihat kemaluan hadapan dan belakang gadis itu secara terang-terangan.
Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.
Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.
“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.
“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.
“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.
Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.
Jadi dah jelas kemusykilan anda mengenai perkara ini, jangan lepas ini gatal-gatal pula nak pergi mengintai tunang mandi pula ya!