Valentino dikritik guna model belasan tahun hingga nampak payudara


SEORANG model yang masih remaja belasan tahun, mendapat perhatian ramai apabila dia berjalan di atas pentas peragaan pada Minggu Fesyen Paris dengan pakaian yang mendedahkan bahagian dada.

Model itu, yang tidak dikenali, memiliki wajah yang sangat muda, mengenakan fesyen rekaan Valentino dengan salah satu payudaranya terdedah.

Keadaan ini bakal menjerumuskan Valentino ke dalam perdebatan ramai kerana menggunakan khidmat model yang masih remaja, untuk mengenakan rekaan yang tidak sesuai dengan usianya.

Undang-undang di Perancis menetapkan model yang digunakan di atas pentas peragaan perlu berusia 16 tahun ke atas. – Mynewshub.cc