Yusry, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak



Bagi sesetengah selebriti, mereka tidak kisah untuk berkongsikan gelagat cahaya mata di laman sosial namun bagi Yusry dan juga isterinya, Lisa Surihani, faktor keselamatan adalah keutamaan mereka.

Kata Lisa, dia dan suami sudah sepakat untuk tidak membuka akaun laman sosial khusus buat anaknya, Yahaira Leanne. Bagaimanapun pasangan ini tetap menghormati pandangan berbeza masayarakat dalam hal tersebut.
6- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA copy“Tidak bermakan saya betul atau ibu bapa lain salah berhubunga hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati”
“Bagi saya, apa yang saya katakan ini adalah berkenaan kami, bukannya merujuk kepada orang lain. Pada waktu sama kami amat menghormati pendirian ibu bapa lain”
“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain. Kalau dia sudah mengenal tekonolgoi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,” jelas Lisa kepada BH Plus.
Apa pun, keputusan yang terbaik pastinya datang daripada ibu bapa sendiri. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki.