Artis wanita Melayu 'barai' dah kena 'pakai' ramai..


Sekadar foto hiasan
Dua patah perkataan yang cukup membuatkan SS terkedu apabila rakan SS beritahu yang artis itu 'dah barai'. Tak mahu terus menerima cerita itu begitu saja, SS bertanya lagi kepadanya mengenai kesahihan berita itu kerana setahu SS artis itu baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pujaan hatinya.

Rakan SS kata cerita itu benar kerana ramai rakannya yang pernah ada pengalaman 'bermain' dengan artis itu bercerita dengannya. Kejadian demi kejadian berlaku dan artis itu sedikit pun tak kisah apabila tubuhnya diratah mana-mana lelaki.

Artis itu antara artis 'favourite' untuk menjayakan pelbagai program terbitan sebuah stesen TV kerana senang bekerja dengannya, berdisiplin dan tidak 'demand'.

Yang menghairankan SS, bukankah artis itu sudah sekian lama bermain cinta dengan suami yang baru dikahwininya itu. Menurut pandangan SS, kalau artis itu sudah berjanji sehidup semata dengan kekasih hati, tak sepatutnya dia berperangai begitu. Apakah ertinya cinta, sekiranya artis itu sanggup berkongsi tubuhnya dengan lelaki lain.

SS harap selepas dah berkahwin, artis itu akan buang segala sikap buruknya dan tumpulah pada rumah tangga yang baru dibinanya.

SS: Sentiasa menghargai pengorbanan orang tua yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.