Itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya baru-baru ini viral di media sosial.
Doktor Harlina Halizah,
dari PPUKM, menghantar sms kepada seorang peniaga berkenaan dengan
iklan yang ditemuinya di Google, meminta pihak peniaga bertemu dengannya
di PPUKM atau di rumah.
Bagaimanapun, Doktor Harlina tidak begitu gemar dengan cara peniaga
terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan 'awak', dianggap
sebagai tidak profesional.
"Kalau boleh, jangan guna perkataan awak (awak?) bila buat pertanyaan
untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp sebab saya ini seorang yang
sudah berumur 50 tahun. Elok kalau guna panggilan 'puan' atau gunakan
title saya iaitu doktor," katanya.
"Ucapkanlah sedikit penghargaan/terima kasih atas kesudian bakal
pelanggan menghubungi anda. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis
sebelum menekan ikon 'Send. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan
melambangkan keperibadian seseorang!" katanya.
Reaksi dari netizen pula berbeza-beza. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya. Namun, ianya lebih kepada teguran positif?
"Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut 'kau' dan 'aku'
menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma
manusia biasa,"