Model Berbogel Di Tasik Suci Dikecam Netizen


IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet, China membuatkan ramai penduduk Tibet kecewa dengan perkara itu.

Menurut sebuah portal China, seorang pengguna laman sosial Weibo iaitu YouchumDolkar telah memuat naik gambar-gambar itu ke akaunnya pada Isnin lalu.

Gambar-gambar bertelanjang itu diambil di sebuah tasik berhampiran Lake Yamdrok yang merupakan antara salah sebuah daripada tiga tasik suci yang terletak di Tibet.

Melalui satu posting yang dimuat naik oleh jurugambar itu berkata, wanita atau model yang berbogel itu mahu mengabadikan kenangan terindah sewaktu berada di sana berlatarbelakangkan tasik suci itu.

Namun tindakan itu dikeji oleh pengguna laman sosial Weibo kerana tidak mempunyai sensitiviti dan tidak menghormati budaya masyarakat Tibet. 

“Seorang jurugambar dan model yang bagus tetapi ternyata tidak mempunyai kefahaman terhadap budaya dan moral,” tulis seorang wanita tempatan melalui laman sosial itu.

Selain YouchumDolkar, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh model tersebut dengan menayangkan aksi bogelnya di tempat suci itu. – mynewshub.cc/