Malang tidak berbau usaha gadis tersebut gagal apabila terjatuh dipercayai tergelincir ketika turun melalui bumbung balkoni untuk ke tingkat 6 apartment terbabit.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dan dilihat cedera parah terus digegaskan ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.
Port maksiat yang dipercayai digunakan oleh remaja perempuan dan tiga lelaki itu |
Bertitik tolak daripada kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditangkap manakala dua yang lain berjaya melarikan diri. Laporan dari pihak polis mengatakan remaja terbabit mempunyai rekod buruk selain pernah dibuang sekolah dan pernah ditahan polis empat kali.