NGERI!! Video CCTV Bagaimana Pengurus Bank Ditetak


KEJAM! Itulah yang boleh disimpulkan setelah melihat video di bawah.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7.10 pagi di Bangalore, India tiga hari lalu ini, seorang pengurus bank wanita ditetak dengan parang oleh seorang perompak di dalam sebuah kiosk ATM yang terletak cuma 50 meter dari balai polis.

Jyothi Uday, 44, ditetak di kepala selepas enggan mengeluarkan wang dan memberikannya kepada perompak yang turut bersenjatakan pistol.

Selepas menetak Jyothi, penyerang yang dirakam dengan jelas dalam CCTV kelihatan mengelap parangnya dengan kertas. Dia turut membuka beg milik mangsa dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya.

Jyothi terlantar berlumuran darah lebih tiga jam sehinggalah dua kanak-kanak yang hendak ke sekolah terlihat darah mengalir keluar dari kiosk ATM berkenaan.

Dalam pada itu, para pekerja Bank Corporation di tempat Jyothi bertugas berasa pelik apabila dia tidak muncul sehinggalah jam 8.15 pagi sedangkan dia sepatutnya memulakan kerja jam 7.15 pagi.

Panggilan telefon kepada Jyothi berdering namun dimatikan. Cuma dua jam kemudian barulah masing-masing mengetahui kejadian sebenar daripada pihak polis.

Menurut doktor yang merawat, kecederaan dialami terlalu parah hingga mengakibatkan bahagian kanan badan Jyothi kini mengalami lumpuh. Dia yang mengalami kecederaan di kepala, bahu dan hidung masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, semua pihak perlu berhati-hati agar tidak mengalami kejadian serupa.

Maklumlah, kebanyakan kiosk ATM sememangnya dilengkapi kamera CCTV tetapi tidak semua menempatkan pengawal keselamatan berhampiran mesin ATM yang digunakan orang ramai tanpa mengira waktu.