Bekas peserta Akademi Fantasia ini sudah mula ketagih aktiviti yang ditinggalkannya sejak sekian lama itu sejak Februari lalu.
Menurut Nana, selain ingin mendapatkan perut six pack, dia juga kembali bersenam kerana mengidam bentuk punggung yang cantik.
"Alhamdulillah, setakat ini juga saya lihat perkembangan cukup positif.
Punggung pun 'naik' sikit. Kalau tidak, bahagian terbabit macam rata
sahaja.
"Ternyata senaman sama ada menggunakan beban atau tidak, dapat membantu
mendapatkan punggung yang cantik. Contohnya seperti melakukan 'squat',"
katanya.
Dalam temubual bersama Berita Harian itu, Nana menjelaskan dia melakukan aktiviti itu bukan atas paksaan dari sesiapa atau niat mahu menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada kepuasan diri.
"Tidak sekadar bersemangat melakukan senaman, saya juga kini memilih
untuk mengamalkan pemakanan sihat seperti suami (Mohamed Raqeem Brian
Abdullah). Perubahan saya ke arah gaya hidup sihat juga turut disokong
beliau.
"Bagaimanapun dengan saiz badan sekarang, jurulatih kecergasan cakap saya tidak perlu terlalu mengawal makan. Saya boleh terus makan apa yang disukai, seperti nasi lemak contohnya. Begitupun, saya kena juga mengawalnya. Kini juga saya sedang membiasakan meminum protein. Ia dapat membantu saya membina otot.
"Malah kebelakangan ini juga, saya mengikut suami memanjat bukit untuk meningkatkan stamina," katanya.