PENGAKUAN BERANI MATI GADIS BERNAMA FAZURA |
Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup
selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri
untuk menyara kehidupannya.
Dikenali
dengan panggilan , gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi
meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah
dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak
sampai setahun.
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Fazura,
dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama
kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan
adik beradik.
“Kehidupan
kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah
anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami
untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya
juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari
pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat
untuk menyara keluarga,” katanya.
Fazura ditemui
pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di
Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas
rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu,
dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah
pelacuran.
Namun
segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam
dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa
dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari
lelaki-lelaki yang melanggannya.
“Memang
nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang
mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga
yang ditetapkan.
“Lebih
100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400
hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim
perayaan.
“Saya
tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah
saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam
sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,”
katanya.
Fazura berkata,
selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut
apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang
bergelumang dalam dunia pelacuran.
“Sesungguhnya,
saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya
selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk
meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.
“Sedih
memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan
bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya
berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya
untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,”
katanya.