Sekadar foto hiasan |
Kalau SS dedahkan siapa mereka, mungkin ada yang susah nak percaya. Malah SS berkali-kali tanya kepada rakan SS, benarkah apa yang dia nampak kerana SS sendiri rasa macam sukar nak percaya. Tegas rakan SS, mata dia tak kelabu lagi dan boleh nampak dengan jelas orang yang ada di dalam premis itu.
Sahihlah tu, rakan SS memang tidak bercermin mata dan dia suka sangat mengunyah lobak merah untuk menjaga penglihatannya.
Jika sudah begitu, SS tak boleh nak meragui cerita yang disampaikan oleh rakan SS itu. Bagaimanapun, pada pandangan peribadi SS, sepatutnya pasangan bahagia itu, hentilah berhibur secara berlebihan, apatah lagi mereka sudah punya cahaya mata.
Tidak salah pergi berhibur untuk melepaskan lelah, tetapi ada cara yang lebih sesuai untuk berseronok, bukannya dengan meneguk air haram itu. Jika nak juga pergi ke pusat hiburan, SS rasa di sana turut menjual ‘soft drink’ untuk ‘membasahkan’ tekak.
Apapun, SS rasa dah tak manis mereka pergi berhibur ke tempat seperti itu. Suami isteri itu sepatutnya saling mengingati, bukannya hanyut bersama. Kalau tak salah SS, sebelum ini mereka pernah diuji Allah SWT dan khabarnya, mereka sangat insaf dengan kejadian itu dan jangan sampai Dia turunkan lagi bala baru betul-betul nak bertaubat nasuha. Itu pun, jika Allah SWT memberi peluang kedua.