'Samseng bola 'keluar sarang' Adakah Bola sepak Malaysia sudah tidak selamat?



Kuala Lumpur : Bola sepak Malaysia sudah tidak selamat? Persoalan itu pasti kembali bermain di fikiran penyokong tempatan selepas samseng bola sepak kembali mengganas di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.

Beberapa penyokong Perak dan Kuala Lumpur dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terkena balingan batu serta diserang ketika keluar meninggalkan stadium sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA.

Ini bukan masalah baru kerana ada kekecohan yang lebih teruk lagi berlaku sebelum ini namun masih dilihat tiada jalan penyelesaian biarpun kempen anti keganasan bola sepak sudah dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagi Ketua Pengawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam yang kini ditugaskan menyelia Liga Malaysia (Liga M) bermula tahun ini, tidak menafikan insiden keganasan penyokong itu memberi impak negatif.

“Ada benarnya insiden seperti ini menjadikan sesetengah penyokong takut, rasa tak selamat tapi kita perlu ingat dalam empat, lima perlawanan seminggu, hanya satu perlawanan yang tercemar dengan insiden ini.