Susulan Komando Dipukul,Digari Dan Dilemaskan..Akhirnya DALANG Cubaan Membunuh Komando Tersebut Dikenal Pasti !!! Melaka: Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Lelaki itu ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan
bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.
Difahamkan mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum
lemas dalam sungai dan berjaya diselamatkan sebelum menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin
Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.
“Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat
laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas
siasatan,” katanya yang menasihatkan pihak yang terbabit supaya membuat
laporan segera.
Dalang cubaan membunuh komando tersebut dikenal pasti terlibat bersama 4
orang suspek lain turut berkomplot dalam cubaan bunuh itu.
Ini keadaan terkini mangsa yang cedera teruk dibahagian kepala.