TERKINI Loading... Catatan Terbaru Catatan Lama Dicerca loghat, kini sanggup lakon adegan aksi 'panas'

Aktres cantik Priyanka Chopra sudah selayaknya berbangga dengan pencapaian kariernya yang kini sudah menembusi Hollywood menerusi lakonannya dalam siri televisyen popular di Amerika Syarikat berjudul Quantico.

Meskipun begitu, penglibatannya dalam siri tersebut mendapat kecaman bahkan bekas Ratu Cantik Dunia tahun 2000 ini dicerca habis-habisan gara-gara pertuturan logat Amerikanya yang didakwa dibuat-buat.

Belum pun selesai isu loghat, terkini nama Priyanka nampaknya akan terus menjadi bualan hangat namun dia seolah sudah bersedia untuk berdepan dengan kontroversi yang bakal tercetus nanti.

Menerusi episod Quantico, ada babak yang menuntut Priyanka melakonkan adegan panas bersama pasangannya.

Sementara mengulas mengenai hal itu, Priyanka menyatakan memang benar adegan ini tersebut. Bagaimanapun aktres berusia 32 tahun itu menjelaskan bahwa adegan itu hanya sekadar karakter yang dimainkannya.

"Tidak ada apa yang diperlihatkan kecuali rakaman dari lutut, kereta yang bergoyang dan Jake McLaughlin," ujarnya.