Dalam kejadian yang berlaku pada malam kelmarin, Pengurus Hotel Shahzan
Inn, Azizi Aziz, mendakwa lelaki terbabit yang datang bersama anak dan
isterinya menginap di hotel mereka telah menampar pelayannya hanya
kerana lambat memberikan layanan.
"Dia tampar muka seorang waiter atas alasan lambat memberikan layanan
pada dia. Waiter itu budak baru, sudah ditampar dua kali pun masih minta
maaf.
"Jadi, saya dengan majikan cuba berbincang dengannya di lobi hotel.
Namun kata-kata yang dilemparnya seperti 'hotel sampah, hotel bodoh,
staff bodoh dan manager pun bodoh' sambil menunding jari pada saya dan
majikan. Siapa yang tahan diperlakukan seperti itu?
"Dia cakap kami ini Melayu bodoh, sampah. Jadi, saya bangun dan cakaplah
'kalau Melayu itu bodoh, kaulah Melayu itu,' menyebabkan dia terus
mengamuk dan mahu membaling pasu itu pada saya," jelasnya.
Lelaki terbabit turut menghina tetamu berbangsa inggeris yang kebetulan berada di situ.
"Lelaki itu kata Mat Salleh ini semua pencacai kutip taik di negara
mereka, jadi tak usah nak layan lebih-lebih serta jangan jadi bodoh,"
katanya.
Difahamkan, lelaki itu mengakui dia berasal dari Kuala Lumpur, berstatus
orang kaya dan isterinya memegang jawatan 'manager' di Petronas. Dakwa
lelaki itu lagi, mereka sudah terbiasa menghadap Melayu miskin yang
memberikan layanan kepada Melayu kaya seperti mereka.
"Kami yang miskin dikatanya sampah dan bodoh. Suami isteri sama-sama
tiada budi bahasa langsung sampai sanggup menghina bangsa sendiri,"
katanya.
Difahamkan Azizi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.