KUALA LUMPUR: Satu klip video menunjukkan pertengkaran seorang wanita
berperangai seperti gangster dengan seorang peniaga tempatan dipercayai
berlaku sekitar Petaling Street di sini menjadi ‘viral’ di laman sosial,
YouTube, hari ini.
Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat itu, kejadian dipercayai berlaku akibat dakwaan peniaga terbabit terhadap wanita berkenaan tidak membayar barang yang dibeli.
Keadaan mula bertukar kecoh apabila wanita yang dipercayai warganegara tempatan bertindak membuka baju sebelum hanya memakai coli.
Namun, desakan peniaga itu yang mahu wanita berkenaan membayar membuatnya bertindak di luar batasan apabila menanggalkan coli yang dipakainya dan menunjukkan payudara kepada khalayak.
Dalam keadaan separuh bogel itu, wanita itu turut mencabar peniaga di situ bertumbuk dengannnya.
Bagaimanapun, menerusi rakaman itu menunjukkan peniaga tersebut yang memakai baju T merah jambu tidak melayan ajakan wanita tersebut untuk bergasak.
Tinjuaan yang dibuat Malaysian Digest melalui beberapa forum di laman sosial menyebut wanita itu didakwa membeli 2 tin minuman keras tetapi hanya membayar satu tin saja.