Saya lebih suka lelaki yang susah terlebih dahulu sebab saya boleh
merasa susah senang bersama-samanya. Saya tidak kisah dia kerja sebagai
apa. Lagi bagus jika dia bekerja di warung sebab setiap hari saya boleh
makan makanan kampung. Lagi menarik bilamana ada pesta bola, boleh jerit
di warung itu bersama-sama.
Saya tak kisah jika dia bekerja di pasar malam. Apa yang penting
ialah dia mempunyai niat mahu berniaga dan terasa bahagia bila berniaga.
Di samping itu saya boleh temankan dia berniaga di situ sambil cakap
dan menjerit, "Apam balik seringgit! Apam balik seringgit!". Well, saya
teringin sangat sebenarnya.
Saya suka lelaki pergi bundle sebab citarasa akan sama.
Kesimpulannya, saya memang suka makan di warung sahaja sebab saya
tidak gemar dengan makanan yang acah-acah barat. Memang saya tak
pandangan makanan seperti itu.
Saya suka pergi ke pasar malam sebab ada banyak makanan yang lebih
sedap dari kedai hipster. Saya gemar pergi ke kedai bundle sebab ada
banyak pakaian yang cantik dan lawa serta mungkin takkan ada yang sama.
Lelaki yang baik akan ada bila diri kita sendiri bersikap matang dan
sederhana. Mahu yang baik, tengok dari sikap awak sendiri wahai
perempuan.
Masalahnya, masih wujudkah wanita seperti ini dan jika ada, berapa peratus yang masih wujud?