Bertudung labuh, berkopiah, dicekup tanpa pakaian dalam hotel

Satu lagi berita yang mengejutkan, gejala sosial melibatkan personaliti dan institusi agama yang disanjung tinggi.

Biasanya orang yang tidak cenderung kepada pakaian berimejkan agama akan berkata...

"Itulah dia.. bukan semua orang bertudung tu baik. Tidak semestinya yang tak pakai tudung tu jahat... Kalau nak buat jahat lebih baik tak payah pakai tudung dan kopiah... bla bla bla.."

Pakaian muslimah itu wajib. Ia kekal wajib untuk dipatuhi. Itu antara cara Islam memelihara kehormatan wanita dan mengelakkan perbuatan zina.

Namun begitu jangan kita lupa perintah lainnya seperti jangan berdua-duaan dengan bukan mahram, jangan berhias seperti jahiliyah, jangan berkeliaran, jaga pandangan, jangan hentakkan kaki dan jangan menarik perhatian jantan ketika berjalan, jaga kemaluan, jaga tuturkata serta aurat suara dan sebagainya.

Patuhilah aturan Islam itu secara keseluruhannya (kaffah) jika kita inginkan hasil sejahtera daripada aturan itu. Baju pun tak jadi jika tidak cukup benang dan kainnya. Kuih pun tidak sama rasanya jika tidak cukup bahan mentah dan salah ramuannya. (QS: 2/208)

WARGA PRIHATIN

KUALA LUMPUR: Penampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab. Namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana berkhalwat.

Pasangan masing-masing berusia 17 dan 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

Menurutnya, penuntut universiti itu akhirnya memberi kerjasama membuka pintu bilik sebelum memakai pakaian masing-masing.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.