Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mengesahkan sudah bercerai bersama suami Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu.
Namun begitu, jelas Elly Mazlein,
hubungannya dengan bekas suaminya iaitu Azmi Hatta, 40, akan kekal baik
demi anak yang baharu dilahirkan pada Rabu lalu.
“Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu”“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” ujar Elly Mazlein.
Elly Mazlein atau nama sebenar Sharifah
Aida Mazlina, 36, walaubagaimanapun berkata, dia enggan menjelaskan
punca perpisahan terjadi dan meminta orang ramai serta pihak media
menghormati keputusan tersebut.
“Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup,” tambahnya lagi.
Siapa sangka kan? Berita yang cukup
mengejutkan bagi penulis. Tapi nak buat macam mana sudah tertulis
hubungannya sampai disitu sahaja. Buat Elly Mazlein diharapkan beliau
tabah menghadapi ujian dariNya. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak
yang solehah!