"Aku tak nak kahwin awal-awal ini sebab aku nak bahagiakan parents dulu. Nak hantar mereka pergi haji, nak beli rumah bagai,"
Sebagai orang yang kahwin agak muda dan masih belajar, aku terpanggil
untuk memberikan pandangan berdasarkan observation aku terhadap tiga
golongan ini.
1. LELAKI
Kau usung anak dara orang ke hulu ke hilir. Habiskan duit belikan dia
hadiah setiap bulan bagi meraikan bulan-bulan cinta. Keluar mencekik di
restoran hipster, paling sengkek pun belanja awek di kafe dalam UIA.
Bergayut setiap malam, mesej 24 jam.
Kalau ini defisini kau untuk bahagiakan parents dan mempersendakan orang yang kahwin awal, kau memang hipokrit tahap dewa.
Kau jumpa wali awek kau pun tak pernah tetapi dah buat dia macam isteri.
Lepak dengan kawan-kawan bawa awek, tetapi dengan family sendiri beribu
macam alasan, tak sedia lagi, nak nampak mulia sikit, mulalah
bersembang nak bahagiakan parents dulu, nak balas jasa mereka
membesarkan kau. Kau pula buat maksiat di belakang mereka macam itu. Kau
ingat diorang akan bahagia?
2. PEREMPUAN
Kau ikut pakwe kau ke sana sini tanpa perasaan malu, upload pula gambar
berdating dengan caption boleh mengundang diabetes, bersayang, berbaby
di laman sosial. Bila orang suruh kahwin, bagi alasan muda lagi, banyak
lagi perkara yang perlu difikirkan, tak mahu ada komitmen dengan suami,
nak bagi ibu bapa merasa duit gaji, balas budi orang tua.
Wah? Nampak macam anak mithali sangat. Padahal kau tak sedar kau tengah
buat ayah kau tanggung dosa? Mak kau tanggung malu? Macam itu ke namanya
membalas jasa? Bahagia dan membahagiakan?
3. PARENTS
Sorry, aku terpaksa mengkritik parents yang menutup mata, pekakkan
telinga bila anak mengusung dan diusung tanpa ada ikatan sah! Ada yang
lagi parah, kenal pasangan anak cuma dalam Facebook. Itu pun sebab
tengok gambar.
Eh? Eh? Dia like juga gambar itu. Ada yang bila anak nak kahwin, tak
bagi tetapi merayap merendek berdua itu bagi pula ye? Ada yang kata
takut anak tak boleh memikul tanggungjawab berkeluarga tetapi sebenarnya
diorang tak tahu anak-anak itu dah acah-acah suami isteri dah. Duit
habis pada awek, masa habis pada pakwe, yang dah pernah tidur sekali itu
jangan ceritalah. Nauzubillah!
Korang bukan golongan yang di atas?
Tahniah dan bahagiakanlah parents dengan cara korang. Luangkan lebih
banyak masa dengan orang tua, spend duit belikan apa yang mereka
mahukan. Hantarlah mereka pergi ke mana-mana pelusuk dunia.
Kita sebagai anak wajib membalas jasa budi parents selagi termampu.
Kalau rasa kahwin awal itu buat kita ralit dan akhirnya mengabaikan
parents, apa yang perlu dibuat? Aku bagi jalan penyelesaiannya di bawah:
- Tak perlu cari calon awal-awal sebab kalau kau tak mampu, tetapi semata-mata nak bercinta suka-suka, end up akan menjadi lelaki dan perempuan di atas itu.
- Kalau sudah ada calon dan kau masih rasa tak boleh berkahwin secepat mungkin, jagalah batas pergaulan, jaga maruah dan hormat kedua-dua belah pihak. Sedangkan bertunang pun tak boleh hebah, yang kau baru bercinta tak ada hala tuju itu nak announce satu dunia. Dah apahal korang ni?
- Kalau dah ada calon dan rasa memang kena kahwin walaupun sudah sehabis daya menjaga batasan pergaulan, kalau tak korang leka dengan maksiat, cuba suarakan pendapat pada parents. Minta nasihat dari mereka. Kalau mereka tak benarkan, kau slow down dengan pasangan, kumpul duit, usaha dan letakkan target serta jaga batas. Ini tidak, kau kenal ibu bapa dia pun tidak, tiba-tiba nak kahwin. Simpanan apa pun tak ada sebab dah habis berjoli dating sana sini, nak menyusahkan parents kau pula yang kena tanggung majlis kahwin kau. Kau fikirlah orang tua mana yang tak terkejut dan kecewa? Dia hantar kau pergi belajar, kau pula sibuk bercinta monyet.
Sudah tu, bila orang tak izinkan kahwin awal, bukannya kau pergi kahwin
di Thailand itu dengan restunya tetapi korang yang kena slow down.
Bincang balik bila yang sepatutnya korang boleh berkahwin. Dan
berusahalah ke arah mencapat target itu.
Pernah fikir tak kenapa parents kebanyakannya tak bagi kahwin awal?
Sebab dari awal lagi korang tak share apa habuk pun dengan mereka. Yang
lelaki berkawan dengan awek tanpa meminta izin dari walinya. Yang
perempuan, ada orang nak berkenalan tetapi tak pergi filter dulu dengan
ibubapa. Selepas itu mulalah keluar bersama-sama, contact 24 jam,
berjanji bulan bintang, sampai dah kemaruk baru nak reveal semua perkara
pada orang tua.
"Yang parents pun satu hal, anak dah secondhand pun ada hati lagi nak demand hantaran tinggi??"
Jap, aku tak cakap semua orang ada mentaliti seperti ini. Ini hasil
observation aku saja. Kalau korang bukan golongan di atas ini, tak
perlulah terasa dan teruskanlah hidup seperti biasa.
Tetapi kalau korang rasa salah seorang dari tiga golongan di atas itu,
sila makan hati berulam jantung. Walk the talk, korang nak mahu kahwin
itu tiada masalah tetapi tak perlulah menjadi 'suami isteri' yang tidak
sah dan bajet mulia lagi suci nak bahagiakan parents dulu dan anggap
kitorang yang kahwin muda-muda ini seolah-olah seperti tidak fikir pula
tentang ibu bapa. Padahal korang pun nak kahwin tetapi tidak mampu sebab
majlis yang korang nak buat kena gah seperti anak menteri ataupun
pasangan korang tak serius dengan korang.
Jadi, nak mengubat rasa iri hati itu, gunakanlah alasan membahagiakan orang tua sebagai "Why I don't wanna marry so early,"
Definisi membahagiakan itu lain-lain. Ini cara kitorang nak
membahagiakan parents. Which is dengan tak terlibat dengan maksiat yang
senyap-senyap ataupun terang-terangan.
Kitorang kahwin awal sebab mahu mencari redha Allah, nak hidupkan
sunnah, sebab ibubapa merestui dan tidak mahu bersubahat maksiat dengan
anak-anak, selain dari mendapat ibu bapa mertua mendapat menantu dan
cucu, duit bulanan dari dua gaji, dan juga yakin dengan janji Allah
dengan rezeki serta ini petunjuk dari istikharah.
Kesimpulannya, tidak dinafikan memang ada pasangan yang kahwin awal ini
annoying, tak habis-habis dengan post gambar sweet-sweet, status pun nak
diabetes semua, tak matang, tak cukup persediaan yang berakhir dengan
menyusahkan orang lain terutamanya parents.
Tidak dinafikan ada yang bercinta di luar sana itu, tetapi masih menjaga
batas dan maruah semua pihak sebab sedar tidak boleh nak halalkan
segala atas pelbagai kekangan. They got my respect. Bahagiakanlah orang
tua dunia akhirat dengan cara korang. Walk the talk.