CALIFORNIA - Bekas ahli gusti wanita dan pelakon, Chyna, dilaporkan telah meninggal dunia di usia 45 tahun.
Mayat Chyna atau nama sebenar, Joanie Laurer, ditemui di
atas katil rumahnya di Redondo Beach, California.
Lapor TMZ Sports, kematian bekas ahli gusti wanita itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengambilan dadah secara berlebihan.
Kematian Chyna itu dikaitkan dengan dadah kerana mangsa sememangnya pernah mempunyai sejarah mengenainya.
Menurut sumber, tiada sebarang
perkhabaran mahupun kelibatnya dalam beberapa hari yang lalu menyebabkan
rakannya datang melawat ke rumah. Namun, terkejut apabila menemui Chyna
terbaring kaku di katil biliknya.
Sepanjang karier bersama WWE, Chyna
merupakan wanita pertama yang menyertai acara Royal Rumble selain
menjadi ahli dalam D-Generation X. Namun, mengundur diri dari arena itu
dan menjadi model bagi majalah Playboy, sebelum menyertai bidang
penyiaran sebagai peserta siri realiti televisyen.
Chyna juga pernah menjadi pelakon filem lucah dan muncul dalam enam filem antara 2004 hingga 2013.