Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan 'BANGLA' |
Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur
Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di negara berkenaan
bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab
Saudi sejak tiga tahun lepas.
Dia yang dikenali
sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara
kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia
dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi
kepadanya dan anak-anak.
Lebih menyayat hati,
anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak
bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua
Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
Kira-Kira setahun lepas,
bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak
sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan
daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal
untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu dan suaminya itu
berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan
perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia
dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal. via Pejam Kelip
Kini, Ayu merayu untuk
dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam
keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu
mertuanya.
Marimon hadir bertemu
dengan wartawan memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk
tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan
Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.
“Menurut pegawai di
Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi
tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal
di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.
“Pegawai itu berkata
denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah
keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya.
Marimon dan isterinya
Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih
wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.
Ayah Ayu, yang sebelum
ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan
sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.
“Saya kalau hendak
uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk
denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.
Kes ini sudah pun
diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang
dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.
Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.