Lebih 60 tahun yang lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh
sembilan orang anak termasuk yang sulung bernama, Chiang Sang Sem.
Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di
Pulau Pinang yang ketika itu dia baru berusia 15 tahun, namun sudah
bekerja di kilang beg tangan bapa saudaranya itu.
Dari situ, dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit sehingga siap
sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan. Kemudian dia merantau ke
Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang
lebih besar dengan gaji $60 sebulan.
Pada tahun 1974, dengan berbekalkan wang simpanan sebanyak $1,200 dan
meminjam lagi $3,800 dari saudara maranya, Chiang telah membuka sebuah
kilang kecil di republik itu dengan 7 orang pekerja. 3 daripadanya
adalah adik-adiknya sendiri. Chiang membayar mereka $1 sehari dengan dia
sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan.
Di kilang itu, Chiang membeli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja
selama 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia
menghantar sendiri beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki
sebuah motosikal. Sejak dari itu, Chiang sudah tidak berpaling ke
belakang lagi. Dari hanya sebuah motosikal, dia akhirnya dapat membeli
sebuah kereta Datsun, kemudian Mazda dan akhirnya sebuah Mercedes-Benz.
Pada tahun 1978, bersama dengan 80 orang pekerjanya mereka berpindah ke
Johor Bahru dan mula menghasilkan beg tangan untuk syarikat-syarikat
besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan jenamanya sendiri, Chiang
berpindah ke Kuala Lumpur dan sebelum membuka butik pertama mereka di
Singapura, seterusnya di kampung halamannya, Melaka.
"Pada tahun 1979, saya melawat Bologna, Itali. Dari situ terlintas di
kepala. Bologna, Bologna... ya, Bonia!" katanya sewaktu diminta
menceritakan bagaimana tercetuskan nama Bonia sebagai nama produknya.
Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya sekarang adalah hasil
daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini. Ketika
berlaku krisis kewangan pada 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di
Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata untuk membayar hutang.
Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenangkan nasib diri dan
perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia
pernah ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang
dihadapi. Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia
kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Semasa wabak SARS melanda pada tahun 1993, juala Bonia jatuh hampir 50%!
Ini semua mengajar Chiang agar leibh berhati-hati dengan pengaliran
wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang
besar.
Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk
bangun dan bekerja keras semula. Hasilnya, Chiang kini sudah memiliki
tiga buah kilang termasuk di China dengan tenaga kerja mencecah 7,000
orang. Dia juga sudah mewujudkan tiga belas lagi jenama produk selain
dari Bonia iaitu Sembonia dan Carlo Rino. Kini hasil jualan Bonia
semakin menghampiri angka RM1 bilion setahun!
Salute Mr. Chiang!