foto hiasan |
JACOBABAD - Seorang pengantin perempuan berusia 17 tahun dicekik sampai
mati oleh suaminya pada malam perkahwinan mereka, Sabtu lalu.
Lapor Tribune Pakistan, mangsa mati dicekik oleh lelaki itu kerana sudah tidak dara lagi.
Khanzadi, anak perempuan Lal Mohammad Lashari, berkahwin dengan
sepupunya, Qalandar Bux Khokhar pada malam sebelum badannya ditemui
tidak bermaya di bilik tidur.
Suspek, suami mangsa, telah melarikan diri, meninggalkan mangsa.
Ibu mangsa berkata, mereka gagal menghubungi anak mereka pada waktu pagi selepas hari perkahwinan mereka.
Dengan bantuan adik mangsa, Ali Sher Lashari, polis masuk ke dalam rumah
mereka dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya di katil.
Manakala, suaminya telah menghilangkan diri.
Ali Sher mendakwa, kakaknya telah dicekik sehingga mati oleh Qalandar
dan empat beradiknya. Ibu mangsa memberitahu Qalandar Bux dan Khanzadi
adalah sepupu dan perkahwinan itu juga adalah persetujuan mereka.
Menurut sumber-sumber di kawasan itu berkata, Qalandar membunuh
isterinya sendiri kerana mangsa sudah tidak dara lagi. Manakala yang
lain pula mendakwa, berlaku pertengkaran di antara mereka kerana majlis
perkahwinan tertangguh disebabkan adat-adat tertentu.