Bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah
mendapat keizinan dan juga amanat dari tuan punya badan untuk aku
membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk
satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka
yang senasib dengannya.
Barakallah, hari ke 2 aku keluar Tabligh ke Tawau untuk cillah 40 hari
...dan aku bercadang untuk tidak menulis melalui medium muka buku ini
sehinggalah aku tamat 40 hari, walaubagaimana pun hari ini aku terpaksa
menulis atas dua tujuan.
Pertamanya kerana ia berkait terus dengan agama dan ke dua kerana atas
hajat seorang hamba Allah yang ingin bertaubat. Allah... Allah... tiada
kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin tentang hidayah yang
menerpa umat Muhammad saw dan tiada nada gembira yang dapat aku luahkan
bila mendapat khabar dari beliau hanya sujud syukur yang dapat aku buat.
Beliau terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga
bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan. Sedari usia
remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4
beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19
tahun beliau telah menjadi jutawan muda, memiliki duit jutaan ringgit,
kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah
sendiri.
Tetapi cerita Safiey Illias, seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya.
Aku tidak mengenali beliau sehinggalah pada beberapa bulan yang lepas
aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya. Ahliaku
juga merupakan follower di facebooknya. Kata ahlia ku pada suatu hari,
"Abang, cuba abang baca status status di facebook Safiey Ilias. Beliau
muda tapi pandai berniaga. Menjadi jutawan dalam usia 19 tahun," aku
ditunjuki facebook Safiey Ilias.
Masyallah... masyallah... cepat-cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila
melihat perempuan cantik. Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu
kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan. Dan selepas itu
aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan
wanita cantik bernama Safiey Ilias.
Masa berlalu hari demi hari, aku sibuk dengan dakwah dan keperluan Sushi
sehinggalah hari-hari terakhir aku keluar dari rumah untuk berada di
jalan Allah, bertabligh selama 40 hari bersama anak lelaki dan seorang
anak saudara.
Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di
masa-masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur
aku akan melayari internet membaca blog-blog kegemaran tentang ehwal
semasa dan Dakwah dan secara tidak serius aku telah membuat reposting
atau posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa
atau Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang.
Tidak disangka-sangka seorang 'wanita cantik jelita' telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang,
"Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah,"
Allah...Allah... hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus
aku balas dan setelah itu aku melihat puluhan komentar-komentar balas
telah ditulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara
tidak berfikir panjang aku terus menulis.
"Allahu... manusia dicipta indah oleh Allah. Walaupun tidak cantik
tetapi tetap indah. Safiey Ilias, lets meet up and have a cup of
coffee,"
Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku
telah menerima mesej melalui wassap dari Safiey Ilias. Katanya,
"Tuan, saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan. Saya PONDAN,"
Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami. Isi perbualan hanya
berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami
menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara
fizikal dan mental. Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki.
Allahu... airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya.
Rupa-rupanya "wanita cantik" yang dikhabarkan oleh ahlia ku itu adalah
seorang lelaki. Namanya Safiuddin bin Ilias. Beliu menceritakan yang
beliau kini mahu kembali kepada fitrah asalnya. Mahu kembali menjadi
seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya remaja beliau begitu keliru dan
tidak keruan perasaannya. Zahirnya dilahirkan lelaki tetapi batinnya
perempuan.
Jiwa dan perasaan keperempuanannya seolah-olah terpenjara di batang
tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah
zahirnya menjadi perempuan. Beliau menjadi perempuan dan wanita
sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara.
Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan
dan wanita, berpakaian dan perhiasan semuanya seperti wanita. Dengan
jutaan wang ringgit yang dimilikinya beliau membeli apa sahaja yang
berjenama, pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan make up
yang up to date.
Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa. Allah mengasihi makhluk
ciptaan NYA. Barakallah, fitrah manusia, siapa sahaja, lambat laun pasti
akan kembali kepada asal kejadian yang telah dijadikan oleh Tuhannya.
Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebookku dan
akhirnya beliau memberanikan diri untuk menyapaku dan menceritakan
segala-galanya. Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh-sungguh
untuk membantunya ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau
akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau
tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke
Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah.
Allahu...
Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey
Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40
hari di Tawau. Pun begitu, saban hari kami menghubungi satu sama lain.
Berbual dan bertanya khabar. Beliau meluahkan isi hatinya dan aku
menasihatinya.
Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ke Tawau dan pada tarikh
yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan
implan payudara palsunya. Semoga Allah memberikan afiat dan kesembuhan
yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di
Jalan Allah.
Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah, Safiey Ilias menghubungi aku dan
katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya.
Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi aku.
Jawabnya, "Beberapa kali lintasan wajahku di hadapannya dan setelah
membuat solat istikharah baru beliau yakin dan lalu menghubungiku,"
Allahuakhbar.
Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari
nanti. InshAllah. Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali
menjadi lelaki sejati. Amin ya Allah. Manusia semuanya di cipta indah
kerana ianya adalah semulia mulia makhluk yang diciptakan Allah.