WAJIB BACA!! Tendang Pintu Kereta, Pura² Terjatuh Konon Dilanggar


Malam Ahad (10 April 2016) yang lalu, ketika saya memandu bersendirian di Genting Klang, seorang penunggang motosikal telah menendang pintu belakang kereta. Dia kemudiannya berpura-pura terjatuh dari motosikal yang pada ketika itu tiada banyak kereta melalui jalan tersebut. Tambahan pula saya keseorangan. 
Merasa ada sesuatu yang tidak kena, saya terus memandu dan merancang unuk pergi ke balai polis. Namun, penunggang motosikal itu memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta. Tindakannya itu membuatkan saya tiada pilihan lalu keluar dari kereta untuk berdepan dengannya.
"Kau dah langgar aku lepas itu lari. Kau dalam masalah besar kalau aku buat laporan polis!," katanya. 
Dia juga turut meminta saya membayar ganti rugi untuk kos perubatan (biarpun tiada sebarang kecederaan) dan kos membaiki motosikalnya. 
Dia terus mendesak dan mahu melanggar kereta saya selain dari terus mengulangi niatnya untuk membuat laporan polis. 
"Saya dah nekad, saya akan buat laporan polis!" kata saya pada lelaki itu. 
Lelaki usia pertengahan 30 itu kemudian meminta saya menyerahkan kad pengenalan namun saya menolak permintaannya. 
"Awak boleh buat laporan polis menggunakan nombor pendaftaran kereta saya," terus saya beredar dari lokasi kejadian. 
Pada 11 April 2016, Isnin, sepupu saya yang mengetahui apa yang berlaku terus memaklumkan bahawa dia juga pernah diugut lelaki terbabit di Wangsa Maju pada jam 12 malam 9 April 2016 ketika memandu bersendirian. Lelaki itu menggunakan modus operandi yang sama.
Saya terlalu panik ketika itu. Saya hanya mempunyai maklumat dan gambar terhad mengenai lelaki terbabit. Dia menunggang motosikal WKT1493, memakai helmet berwarna perak tanpa visor, berbangsa Cina dan usia pertengahan tahun. Ketinggian lebih kurang 167 sentimeter, saiz badan sederhana dan berpakaian tidak kemas. Motosikalnya pula berwarna biru, lampunya longgar. 
Jika anda terjumpa lelaki ini, sila berhati-hati dan jangan berikan wang kepadanya mahupun kad pengenalan anda. Terus saja pergi ke balai polis buat laporan.